6/10/2012

18 - si pari pari cinta



Kali terakhir aku lihat kau masih lagi sedang bermanja dengan perempuan pujaan hati kau .
Hari ini aku lihat air mata jantan kau jatuh .
Kau menangis kerna perempuan itu?
Robek sangatkah hati kau ditinggalkan perempuan itu?


Lama kau begitu .
Aku hanya memerhati dari hujung katil .
Aku belek segenap inci tubuh kau yang semakin nampak cengkungnya .
Terpaku .
Sekeping gambar di tangan kau buat bola mata aku statik seketika .


Gadis itu .
Oh, kau rindukan dia rupanya .
Kekasih yang dulunya kau buang semata kerana kau dibutakan lenggok perempuan genit itu.
Kekasih yang mengejar kau sehingga meragut nyawa sendiri .
Padan muka kau .
Aku hanya bersorak .
Itulah manusia, 
sudah ada yang setia, 
masih dicari yang lain .


Ah, sudah sampai masanya untuk aku jalankan tugas .
Aku melangkah ke tingkap .
Aku toleh sekilas .
Kau masih lagi begitu .
Terbaring berlantaikan marmar sejuk, diselubungi kesal .
Jelas aku lihat gadis di dalam  gambar itu menyerupai aku .
Pelanduk dua serupa kali .
Aku buka kembang sayap putih di belakang aku lalu aku langkah keluar tingkap lalu terbang .


Ya .
Akulah pari pari cinta .
Semuanya kerana aku masih tidak dapat melepaskan cinta manusia aku walau ketika itu roh sudah berpisah dari jasad .
Memori cinta aku tika masih bergelar manusia dihapus bagai sampah .
Cuma entah mengapa,
 Acapkali naluri aku meronta kepingin menjengah hidup lelaki ini .

No comments:

Post a Comment