assalamualaikum .
tetibe rasa nak introduce some of my girls yang rapat dengan Mira .
|
Zur Nadia Fatihah
back left : Zaiyan Masturah , Farhana, Along
front left : si comot ,Hasyirin, Mira al-aminy
front : Tasneem
front left : si comot ,Hasyirin, Mira al-aminy
front : Tasneem
so, we are gonna start the profiling with
Izzah
Izzah ni budak rumah bawah mira and dia amek Dentistry . Asal Penang . mempunyai suara yang high pitch .
Kalau kat dapur dengan Mira je dia nak gaduh, dengan orang lain takde pun, nak memanje dengan I lettew .
Seorang pengguna barang kecantikan Skin Food . Senang ketawa . Tak makan sos tomato . Penggemar pasta sama dengan Mira . Tak makan Laksa . Taken, harap dia kahwinlah cepat, penat eden tengok ekau bercinta Izzah oi . Antara tukang bebel macam mak mertua Mira, because she loves me .
Zur Nadia Fatihah
Disebabkan rumah kitorang dah jauh so, jarang jumpa . Teman jogging masa winter . Seorang yang beauty & gadget concious . Teman berbual pasal travelling . Genre lagu yang dhia dengar sama dengan Mira . Seorang yang independent . Senang berkawan tak kisah lelaki ke perempuan,but,just kawan . Seorang yang feminist and open minded .
Zaiyan Masturah
Vice Unit Perumahan Perubatan . Asal jumpa Mira mesti ajak tidur rumah . Sangat baik tapi open minded and boleh diajak Rock & Roll . Bercakap dengan sangat laju macam bullet train . Seorang ex-KISAS kalau tak silap . Seorang yang composed . Suka cerita berkaitan dengan perubatan .
Farhana
Si tinggi lampai . Nampak matang tapi manja . Suara dia comellll . Orang Perak . Dulu satu sekolah dengan Zaiyan . Mempunyai external 1 Tera yang penuh dengan harta karun yang best,hehe . Selalunya, di mana ada Zaiyan di situ ada Farhana . Baik amat . Setakat ni Mira tak pernah dengar Farhana naik suara .
Along
Kakak kepada Sheen . Sangat matang mcam sis . Kurang bercakap . Mira suka amat bila tengok Along gelak, ada penarik . Antara yang top scorer Mumtaz . Sensitif . Feminist . Lembut orangnya . Tempat terbaik untuk menuntut ilmu . Penggemar drama Korea sama macam adik dia . Asal Melaka . Along & sheen ada koleksi hijab yang sangaaaaaaattt banyak, handbag pun sama .
Hasyirin
Bini no 4 saya, Sheen . Kecik molek orangnya tapi kalau suara dia nak memetir kalah pakai microphone . Peminat Nichkhun (2PM) & Kim Hyun Joong (SS501) . Kalau tengok dia mesti tertarik nak tenung mata dia sebab dia selalu tukar tukar contact lens, paling suka dia pakai yang warna purple . Penggemar warna purple . Tukang bebel Mira jugak . Top Scorer Mumtaz macam kakaknya jugak . Protective orangnya .
Mira al - Aminy
Ipoh mali . Satu sekolah dengan Tessi . Muka amoi giler . Suara dia slow jaa . Peminat Big Bang . Kembar tak seiras dengan Tessi, macam belangkas . Nampak macam biasa - biasa tapi gila-gila dia boleh tahan jugak . K-Pop & K-Drama Fan . Best kawan dengan mira ni sebab jenis tak kisah sangat .
Tasneem
Hmm.. beza dengan yang lain,yang sorang ni more like Gossip Girl Orientation . Gila- gila . Asal Ipoh . Tessi dengan Mira Aminy satu sekolah . Taste dia nampak more kepada western . Bila ngengade dia akan guna I & You tapi bila nak serius macam nak belajar ke nak bebel/bagi nasihat dia akan guna 'kome' . Seorang yang daring . Antara yang join Girl's night dengan Mira . Sangat sporting . Pengguna Clinique . seorang yang beauty,weight & health concious .
Hmm, ni antara yang rapat dengan Mira kat Mesir,
yang take care of me well,
and saya sayang mereka ,
they are my diamonds.
ni baru half, tak masuk lagi my housemate yang dah anggap adik beradik .
Sebab ada diorang, Mira tak sunyi kat Mesir ni .
And i hope we can be friends until Jannah k girls?
p/s : ce teka sapa yang pakai tudung hitam and tunfuk konon malu tanak tunjuk muka . >.<
No comments:
Post a Comment