8/07/2012

42

assalamualaikum,

kita sebagai manusia pasti inginkan teman untuk hidup kan?
semua orang nak berpasangan,
even, bukan secara yang sah,
budak darjah 1 pun sekarang dah tahu berkasih,
bila masuk sekolah menengah, 
kalau tiada teman tu kira macam kolot katanya,
pasti pernah walau sekali,
 and, mira pun tak terlepas dari fenomena itu,
dulu tak fikir panjang,tahu nak enjoy,
katanya teenagers,
rebellious,curiousity, and eager .
all in one, package!

tapi bila dah faham mana baik,mana buruk,
mana penenang hati, mana peracun jiwa,
mana yang mensucikan minda, mana yang meracun minda .
i tend to leave everything behind .

jangan pernah takut untuk sendiri,
jangan pernah merendah diri kerana melangkah sunyi,
jangan pernah menangis sepi tiada teman,
bukankah awal dan akhir,kita memang seorang diri?
di dalam perut ibu, kita terpejam sendiri,
di dalam liang lahad juga kita terpejam sendiri kan?
apa bezanya?

biar takut hilang kasih sayangNya,
biar gentar hilang rasa takut kepadaNya,
biar resah meniti kehidupan tanpaNya,
biar menitik airmata sebab tak dapat rasa rindu kepadaNya

daripada takut hidup tak berteman manusia

No comments:

Post a Comment