3/31/2013

76

salam.

That day i texted with mami about a recipe

"mami,kita dah try dah resipi ibu bagi tu. Kawan kita cakap sedaaap pastu kita dah boleh kahwin da"

"he'eleh, kahwinlah sana"

"memang ada pun orang nak bawak kita jumpa mak dia,kekeke"

"menyampah.. whatever it is u r still my baby"  >.<

Both my parents tak pernah bantah kahwin muda asalkan the guy is a good one,yang boleh bawa anak diorang yang senget ni jadi tegak :) Lagipun my mom pun kahwin umur 21~

Lagipun topik kahwin ni memang topik utama dalam kalangan student oversea. Mungkin sebab berjauh dengan family buat kita nak ada family sendiri.....kot.

For me, kalau dah serius, and korang percaya yang being together, you can improve each other dari segi akhlak, tanggungjawab, kematangan,  agama and study . Why not?

Lagipun, buat ape dok bercinta lama-lama? I don't like that idea . Lagi-lagi yang bercinta 4,5tahun pastu putus kan.. -_-"takde pangsyen.

I don't care those idea about grand wedding whatsoever, kalau the one i loved and trust tu still belajar or baru kerja, tapayah nak grand sangat laah.

Islam tu kan cantik, tak perlu mahar mahal2 . Bagi mie, cukup RM22.50 , cincin , Quran, dan kenduri doa selamat. Kalau dah betul2 tengah belajar ni la.

Kalau orang cakap nanti takde sweet memory dari wedding .

Ok fine, i'm married at 22, you are married at 26 , i have a looooooooootttttt more sweet memories with my husband . You are kinda lack of that ~you just have 1 though .

But i guess, guys nowadays kinda .......hmmm, fikirla sendiri...


3/23/2013

Puisi Untuk Satria Hidup


Ayah,
Kita tahu,
Bagi ayah,
Sekarang ni kita seperti api,
Ayah seperti minyak,
Makin didekatkan makin membara api kita,
Kita berdua tiada lagi istilah anak ayah atau sayang anak perempuan,

Ayah,
Senyum tanpa paksaan itu bagai tidak wujud dalam keluarga kita, dilupuskan ,
Yang ada hanya tangisan, jerit pekik tanpa paksaan.
Entah bila kita rasakan rumah itu bagai rumah sumpahan,
Hanya sekejap sudah cukup menelan segala senyum kita.

Ayah,
Ayahlah cinta pertama kita,
Ayahlah satria kita,
Ayahla kompas hidup kita,
Ayahla yang menjadi arang untuk bakar semangat kita .

Ayah,
Kita tinggalkan semua lelaki dengan harapan ayah,menjadi satu-satunya lelaki yang kekal dengan kita,
Kita telan caci maki manusia untuk menangkan ayah,
Kita menangis di pelosok sudut untuk senyum depan ayah,
Kita gigit bibir kita,kuat,untuk tidak teresak bila bercakap dengan ayah,
Kalau orang suruh kita ikat kaki kita dengan batu kemudian terjun tengah laut pun kita sanggup,
Semua untuk satria kesayangan kita,ayah .

Ayah,
Anak perempuan ayah dah menjadi seorang gadis,
Gadis yang hilang kepercayaan kepada manusia,
Takut ditikam belakang,
Gadis yang takut menjadi isteri,
Takut ditinggalkan,
Gadis yang takut untuk menjadi seorang ibu,
Takut anak kita rasa apa yang kita rasa sekarang.

Ayah,
Kita buat segala untuk ayah,
Tapi kita taktahu berapa lama lagi kita mampu menjadi si palsu,
Si palsu yang bertopengkan ego dan senyum sinis,
Sebelum topeng kita ditanggalkan,
Kita merayu,
Kita melutut,
Ambil balik posisi satria kesayangan kita .

3/22/2013

73

assalamualaikum .

Semalam hari yang mie suka sangat,
sebab hari Khamis kelas habis pukul 11.30am,
haha,
So, semalam dapat keluar ramai ramai dengan sisters mie,
pergi beli groceries je pun tapi punyalah bising,
bising bergambar,
Selca lebih,
typical modern ladies!
after that pergi makan pizza yang superb besar!
Besar macam double pizza large,
woaaahhhh!
nasib baik semalam off day,
mie makan 2 pieces kot,
dahla before tu da makan red velvet cupcake,mi goreng lagi,
mira the mon mon -_-

Mira,pipi tu pipi,tolonglah jaga,macam ada bola ping pong

Satu hal lagi, cucu ke-dua Haji Aman's family,Alia Najihah,dapat 11A straight!
strike!
proud of you lil sis!
so, she's gonna pursue medicine too, i guess.
either continue dekat UIA atau USIM,
hmm,akak la kopak,belanja awak sushi king nanti adik oi.
takpe,  rabak pun akak sanggup,
akak sayang alia lebih.
tahun ni my bro pula yang amek SPM,
orang sibuk stay up malam study,
kau sibuk stay up malam angkat dumbbell.
adik..adik..
siap tweet aku
'Kau buat apeje arini,jangan lupa buat cardio taw kakak,lepastu makan 6kali sehari tapi sikit2 je'
Bagus kan adik aku,jadi personal trainer aku.
*sigh
nasib body structure kau peberet aku,
kalau tak,aku boo kan aje kau ni.

whatever pun,life's getting better,
so,i'll keep on being brighter than the sun.




3/16/2013

Hati

Benteng ini wujud kerna Adam,
Runtuh juga kerna Adam,
Adakah kau rasa ini yang terbaik, Hati?

Bilang Hati,
Rela aku dirodok belati semasa terbang di celahan awan,
Berbanding lemas sendiri dalam sarang gelap ciptaan aku!

3/10/2013

71

assalamualaikum .

Sudah berjaman ye aku tak update blog,
habis madu sepah dibuang katanya
(macam tak kena je?)
hehe
maklumlah haritu busy balik Malaysia,
pastu balik sini sibuk nak final pulak
standardly student kan .

Memandangkan tahun 3 ni dah macam nampak penghujungnya,
maka,
sibuklah batch aku ni nak amek gambar batch,
kunun2 sweet memories together gitu,
so,
cekidaut y'all


Tema hijau
memandangkan kami menyokong kempen Go Green,
>.<
uuuu!! abg2 kita tayang buff diorang!!!
haha
kau hado??


konon tadi macho la,
tengok ni,
macam budak hyperactive kome semua ni,



Baby Boo kesayangan kita ♥♥

oh, oh nama batch mie VALENS
Pastu classmates pun galak nak amek gambar jugak,
layankan aje bebudak ni,
plus diorang nak tema merah,
peberet kaler kite tuuuu,
semangat i melangkah ke kelas.haha.



nampak tak kita pandang mane..
pelik2 je mira ni,
slacker of the picturesque!!!!


Tayang gigi + mata da ilang~~


haaa, FYI memandangkan kelas mie 45perempuan,5 lelaki,
haruslah ada potluck session kan
semua tunjuk bakat memasak,
tunjuk symptom da ready jadi wifeyyy,,
ngeheee


Le Girls de Group C 3rd Year Medico,

ada yang takde in pic ni,
ade yang berkenan di hati?
hehe