6/29/2012

34

assalamualaikum .

who said family kitorang just ada 4 members?
ada 6 members la..

MEMBER 5

name : Bobby
sex : Female
genetic : Persian
specialty : hiding
favourite : tidur kat hujung katil ibu , merayap
personality : introvert, observer, quiet
fear : jumpa veterinar
crime : pecahkan pasu bunga & buat main bunga plastik dalam pasu


MEMBER 6

name : Leo Castello
sex : male
genetic : Norwegian + Maine Coon
specialty : unknown (sebab tak pernah jumpa dia lagi)
favourite : menjahanamkan mainan dia , off laptop orang
personality : hyperactive, witty, sangat nakal


ini ibu diorang,
vogue ennnnnnnnn,
ni pic masa dia nak pergi reunion TIGS,
ofcoz la kena vogue kan mamiii,

6/25/2012

33 - Jika

Jika hati kau dan aku bersatu atas namaNya,
Kita adalah satu jiwa yang bergerak ke jannahNya,
Jadi janganlah kau biarkan aku mengembara seorang diri,

Jika aku melangkah ke simpang kiri, pimpin daku ke simpang yang kanan,
Jika aku hanyut dibawa badai ombak, bawa aku kembali ke tepian,
Jika aku terumbang ambing, lauhkan sauh untukku,
Jika aku mempunyai hati seperti kertas yang senang rabak, tukarkan menjadi permata yang teguh,

Itu semua jika hati kaudan aku bersatu atas namaNya .

6/24/2012

32

assalamualaikum .

so, dengan kejayaan Dr.Morsi as the 4th president of Egypt,
i hope things will be better,
and the people of Egypt will be happy through this new government,
maybe this is the sign of rise of Islam?
who knows?
if it is, i'll be really glad as a muslim >·<

anyway,beberapa harini terfikir,
why and why sebenarnya bole terkeluar nama ked?
and why i like it?
pastu search kt google,
ye ye ka saya?
siap search bagai sebab nak puaskan hati sendiri,haha,
ked ialah watak dalam salah satu novel Hlovate, (-.-")
ked jadi protagonist lelaki, Nawal jadi protagonist perempuan,
aihh,punyala arok dengan novel sampai terkeluar kat dunia nyata,
maafkan saya kerana mencampuradukkan realiti dan fantasi,
selalu camtu,tgk bleach tetibe mimpi jadi part of soul society,
tengok one piece mimpi ada kat dalam Go Sunny,
tengok korea banyak2 mimpi jadi heroin,
hikhik,
itu saya sukaaaaaaaa amat,

kesimpulannya,bak kata dd, jangan batak sangat.
first time dengar perkataan batak,
batak = obses

6/22/2012

31

assalamualaikum,

kurang dari sebulan lagi Ramadhan akan menjelma,
weeehoo!!
bulan yang paling best bagi Mira untuk sambut kat Mesir ni,
so, i have set some goals to be achieve in this Ramadhan, 
memandangkan gak boleh nak puasa penuh so, i need to improve other areas in ibadah right?

1. kalau boleh solat sunat malam tak tinggal langsung
2. solat subuh kat masjid
3. every after solat, at least kena baca 1ms Quran
4. teruskan ganti solat yang tertinggal masa zaman jahiliyah dulj
5. try jadikan zikir as habit

hope, all these goals can be achieved,
i can do it!!

6/21/2012

30

assalamualaikum

salam jumu'ah
now 06.47am , mira ngantuk tapi susah nak tido ,
eii , geram betul,kalau ade punching bag sekarang ni kan bagus, boleh lepas geram sikit,
whatever it is,
rasa macam nak cakap pasal awek,cemburu, dan kawan perempuan,
here's the concept,
boys, kalau dah ade awek/calon tu tapayah nak galak sangat in contact dgn other girls,
even katanya kawan,
why?
sebab, perempuan senang jealous and lembut hati in which senang cair,
nanti awek awak jealous, kawan awak pula yang tangkap cintan dengan awak,
kan dah parah,
tapi, in case of kawan yang dah kenal lamaaaaa since before awak ada awek sehingga tiada perasaan terhadap kawan awak tu dan menganggap dia sama species dengan awak, 
just go on with your friendship,
like mira and afiq,
i know almost all things masa dia in relationship dengan si Maria tu,
okay jaa,but as friend, pandaila tengok timing,
janganla time orang tengah busy handle awek,awak sibuk nak kusutkan kepala dia .
ting tongla member awak tuu.

as for me, kawan lelaki yang baru kenal/tak rapat/baru kawan less than 3years,
if diorang ada awek or ada orang tunggu something,
Mira tak layan daa, cut off all, just hantar sms selamat hari raya dengan birthday,
itu sahaja,
sebab saya tanak ada orang yang jealous lelagi yang insecure, -_-"
hormati kaum sejenis anda ye,

tapi, now it's kinda Mira dah langgar rule mira sendiri,
and dd selalu ingatkan jangan contact selalu, itu orang lain punya,
the problem is mira selalu terlupa,
mak nenek la katakannn,..
mira nak explain pun tak tahu, i am not a good explainer though .

whatever it is, tak kisah macamane pun a girl,
jealousy is still their core,
macam masa mira tanya izzah,
'macamana kalau ditakdirkan aku jadi madu kau?'
'aku tak kisah, tapi kau lah merana sebab aku takkan bagi suami aku balik rumah kau'

see, how terrifying jealousy can be? 
ahaa,
and mira rasa mengalah is the best thing to do right,
keep calm and think rational .

29

assalamualaikum .
tetibe rasa nak introduce some of my girls yang rapat dengan Mira .


Izzah



Zur Nadia Fatihah



 back left : Zaiyan Masturah , Farhana, Along
front left : si comot ,Hasyirin, Mira al-aminy
front : Tasneem 


so, we are gonna start the profiling with

Izzah

Izzah ni budak rumah bawah mira and dia amek Dentistry . Asal Penang . mempunyai suara yang high pitch .
Kalau kat dapur dengan Mira je dia nak gaduh, dengan orang lain takde pun, nak memanje dengan I lettew .
Seorang pengguna barang kecantikan Skin Food . Senang ketawa . Tak makan sos tomato . Penggemar pasta sama dengan Mira . Tak makan Laksa . Taken,  harap dia kahwinlah cepat, penat eden tengok ekau bercinta Izzah oi . Antara tukang bebel macam mak mertua Mira, because she loves me .

Zur Nadia Fatihah

Disebabkan rumah kitorang dah jauh so, jarang jumpa . Teman jogging masa winter . Seorang yang beauty & gadget concious . Teman berbual pasal travelling . Genre lagu yang dhia dengar sama dengan Mira . Seorang yang independent . Senang berkawan tak kisah lelaki ke perempuan,but,just kawan . Seorang yang feminist and open minded .

Zaiyan Masturah

Vice Unit Perumahan Perubatan . Asal jumpa Mira mesti ajak tidur rumah . Sangat baik tapi open minded and boleh diajak Rock & Roll . Bercakap dengan sangat laju macam bullet train . Seorang ex-KISAS kalau tak silap . Seorang yang composed . Suka cerita berkaitan dengan perubatan .

Farhana

Si tinggi lampai . Nampak matang tapi manja . Suara dia comellll . Orang Perak . Dulu satu sekolah dengan Zaiyan . Mempunyai external 1 Tera yang penuh dengan harta karun yang best,hehe . Selalunya, di mana ada Zaiyan di situ ada Farhana . Baik amat . Setakat ni Mira tak pernah dengar Farhana naik suara .

Along

Kakak kepada Sheen . Sangat matang mcam sis . Kurang bercakap . Mira suka amat bila tengok Along gelak, ada penarik . Antara yang top scorer Mumtaz . Sensitif . Feminist . Lembut orangnya . Tempat terbaik untuk menuntut ilmu . Penggemar drama Korea sama macam adik dia . Asal Melaka . Along & sheen ada koleksi hijab yang sangaaaaaaattt banyak, handbag pun sama .

Hasyirin

Bini no 4 saya, Sheen . Kecik molek orangnya tapi kalau suara dia nak memetir kalah pakai microphone . Peminat Nichkhun (2PM) & Kim Hyun Joong (SS501) . Kalau tengok dia mesti tertarik nak tenung mata dia sebab dia selalu tukar tukar contact lens, paling suka dia pakai yang warna purple . Penggemar warna purple . Tukang bebel Mira jugak . Top Scorer Mumtaz macam kakaknya jugak . Protective orangnya .

Mira al - Aminy

Ipoh mali . Satu sekolah dengan Tessi . Muka amoi giler . Suara dia slow jaa . Peminat Big Bang . Kembar tak seiras dengan Tessi, macam belangkas . Nampak macam biasa - biasa tapi gila-gila dia boleh tahan jugak . K-Pop & K-Drama Fan . Best kawan dengan mira ni sebab jenis tak kisah sangat .

Tasneem

Hmm.. beza dengan yang lain,yang sorang ni more like Gossip Girl Orientation . Gila- gila . Asal Ipoh . Tessi dengan Mira Aminy satu sekolah . Taste dia nampak more kepada western . Bila ngengade dia akan guna I & You tapi bila nak serius macam nak belajar ke nak bebel/bagi nasihat dia akan guna 'kome' . Seorang yang daring . Antara yang join  Girl's night dengan Mira . Sangat sporting . Pengguna Clinique . seorang yang beauty,weight & health concious .

Hmm, ni antara yang rapat dengan Mira kat Mesir,
yang take care of me well,
and saya sayang mereka ,
they are my diamonds.
ni baru half, tak masuk lagi my housemate yang dah anggap adik beradik .
Sebab ada diorang, Mira tak sunyi kat Mesir ni .
And i hope we can be friends until Jannah k girls?

p/s : ce teka sapa yang pakai tudung hitam and tunfuk konon malu tanak tunjuk muka . >.<

6/20/2012

28 - Seperti itu

Seperti layang- layang yang di celah awan,
dipegang payah dikawal susah,
Seperti merpati di tanah,
nampak jinak dirapati lari,
Seperti rama-rama kembang sayap,
dilihat boleh disentuh bertempiaran .

6/15/2012

27

assalamualaikum,

tadi shaqy datang rumah,the three of us including dd talked 'bout going back to msia,
mira langsung tak rasa nak balik ke hape,
mira..takut,
it's not going to be as scary as last year right?
it's not going to be as much tears as last year right,
raya tahun lepas , memang tarik hampir semua sifat ceria mira,
instead, i cried a lot, i'm lost,
i ran from home which i never did,
i'm scared, i'm hurt but trying to show i'm ok with that,
trying to stay strong,
once , i wonder how the kids from broken family felt,
and now i know,
try watching your parents argue during first and second Eid day,
seriously, mira tak kuat mane pun,
that moment really got me falling a part,
mira tansk tengok lagi scene macam tu,
takkan,
that's why mira tataw mira nak balik ke tak..

that's human,
when you fall a part, when you are heartbroken, when you are drowning,
human tends to build a defensive emotional system,
to prevent the heart from excessive pain,
and i'm building that too ..

26

wanna know how intoxicated my brain with carbon atoms is?




6/14/2012

25

Dulu , ada orang pernah cakap kat aku ,
' even kita jauh pun hati kita still stick together kan? '
itu , dulu, back in Oktober 2010 ,
sekarang June 2012 ,
dan hati kita dah masing masing bawa haluan sendiri .
itulah manusia , sentiasa berubah, rapuh .

6/13/2012

24

assalamualaikum,



" when a girl grows up she will marry her 'father' "
" kalau nak tahu seorang gadis tu bila dah berumur macamana , tengok ibunya "
pernah dengar tak orang cakap macamtu,
it's exactly true .

meet my mom and dad,
Puan Hajah Abidah and Tuan Haji Ishak,
gelpren dgn boipren saya sampai mati,
hehe,

tadi ayah call, well,setiap hari call sebenarnya,
boipren mira harini buat ayat tacing taw awak,
"kebelakangan ni, ayah rindula kat akak,kalau tak call rasa takde semangat"
see, romantik kan boipren saya,sila jeles sekarang,hehe,
" alaa, relax la ayah, ayahkan hensem,ramai peminat,takan rindu akak kott"
ayat macam cool je cik mira,
konon,
tengok now kan dah tersedu sedan memalam ni,
uwaaaaaaaa!!
nak balik rumah,nak ayah,nak ibu,

ya,saya anak manja ayah saya,
kalau nak makan epal yang baru keluar fridge, ayah saya yang akan gigitkan besar2, baru saya makan, kalau tak,saya tak sentuh .
kalau ayah makan tapi saya tak, ayah yang suapkan saya,
kalau ibu masak seafood macam udang ke ketam yang kena kopek,
ayah n ibu yang kopekkan,kalau tak anak perempuan dia tengok je,
kalau mira menangis, mesti ayah akan buat lawak, takpun cium tangan mira or cubit pipi,
ayah saya tak pernah bagi saya menangis lama, even dia yang marah,
sekarang fahamkan macamana mira boleh jadi sangat manja,gedik,mengada kalau dengan orang yang mira sayang?
kalau ada orang yang rasa mira pernah nangis sebab dia, means dia antara orang yang mira sayang.

ibu n mira, dulu tak pernah sekepala,
kalau pilih benda mesti opposite,
ibu kata mira masa kecik even pandai tapi malas,degil,nakal amat,
sampai sekarang pun degil lagila mami,
tapi bila dah besar ni, ibu bestfriend saya yang paling cun,paling comel,paling hebat!
even dulu ibu sorang,ibu jaga saya dengan adik sampai jadi manusia,
ibu buat semua benda masa ayah takde,
ibu saya wanita yang independent walau garangnye scary,hehe,
ibu ajar mira untuk sentiasa berterus terang,
sebab tu ibu sentiasa jadi ratu dalam hati saya,
takkan pernah ada pengganti.

terima kasih.
sebab tak give up dengan mira walau mira selalu masuk hospital sebab sakit,
sebab rotan mira masa UPSR dapat 4A1B,
sebab ajar berterus terang dengan apa yang mira nak,
sebab tak layan masa mira request nak keluar MRSM,
sebab belikan set geometri,microscope,dgn buku sains instead of barbie doll yg mira merengek nak .

so, please be together sampai bila bila,
even kakak banyak kali heartbroken,jgn hancurkan  my believe yg masih ada cinta manusia yang kekal sampai syurga,
masih ada lagi cinta manusia yg kuat,
tak rapuh ,
ibu jangan menangis lagi,
ayah jangan sedih ,
kakak dah besar, it's time kakak pulak lap airmata ibu dengan ayah,
i'll take the sadness away,
i'll replace you,
i'll be the one who bear all the sadness and tears,
so, be together ayah,ibu, sampai bila bila ..

6/12/2012

23

assalamualaikum,

tadi masa tengah menepek kat bilik dd, mira macam dengar hp bunyi,
tapi,macam pelik je ringtone dia,
it takes me quite some time to recognize the song,
lagu For The First Time - The Script,
taw tak terkejut macam apa,
ikut hati takut nak angkat,tapi dd suruh angkat jugak,
em,konon expect mira boleh senyap laaa,
harapan,
non-stop bercerita,haha,kisah apa,mulut kita,
suke hati kitala,sibuk je awak nak kecoh,
yang tak faham, si KC ni dok tergelak je memanjang,
ape ntah yang lawak,
Mira takdepun buat kerja part time jadi clown,
sumpah! =p
ayuni kata,we are end,nothing's gonna happen,
oh,camtu,endlah kan,
ingat ni cerita Harry Potter ke ade part 1,2,3,
ini perasaan betul bukan cobaaaannnnnn,haha .
oh ye,puisi dlm notes mira dah berlambak dah,
just belum sempat nak post entri,
nanti kalau tak boleh tidur,
mira post laa..
so, before study mira tetiba dapat ilham pantun,
agak2 boleh balas pantun mira, balas taw,

Teratai tasik kembang sempurna,
Menjadi pujaan hati sang raja,
Walau dunia tak mungkin sama,
Mungkin hati yang boleh bersama .

22

assalamualaikum ^·^

akhir2 ni kat feed status fb mira ramai pulak yg engage dgn kahwin,
musim penyatuan 2 jiwa ea kat Malaysia sekarang?
hehe,
dah ada majlis, haruslah upload gambar hantaran kan,
haritu sembang kosong dengan member release tension,so, cerita pasal hantaran,
biasanya, 7 balas 9 kan,
so, 
mira punya mira nak ape ek?
1. sirih junjung (wajib kan?)
2. cupcake
3. telekung and quran
4. perfume (cliche' kan?)
5. coffee maker (dah katenye peminum kopi tegar,just tataw dulang muat ke ta,haha)
6 . kunci rumah ( haha,sebenarnya lebih kpd psediaan lpas kahwin)
7. kunci pintu hati >·< (ngee,sila gelak ramai2)

haaa,semua yang di atas hanyalah fantasi semata mata
ikutkan hati, taruk je washing machine, microwave, juice maker atas dulang,
sekali boleh isi rumah,jimat duit future husband mira,haha,
angan-angan,
agak kalau nak bagi hantaran untuk lelaki,
aci tak bagi xbox ke Wii,
best ooooo, boleh main game sesame,
sape kalah basuh pinggan,
tak pernah dibuat orang cik Mira oi,
awk ni pelik2 belaka,

k,dah habis berangan,
esok sambung lagi,tata 

21



Menari aku ,
Menyanyi aku ,
Tertawa aku,
Gelak gempita aku ,
Mendongak senyum aku ,

Dalam titis airmata langit,
Sembunyi titis airmata diri .

6/11/2012

20

assalamualaikum.


*sigh
entah kali berapa terbangun,
dah berapa hari susah tidur malam,
awatnya che' ?
sesak dada mira,
last solution,
bangun, bukak buku ,baca , dengar lagu.
settle.

19 - Sahara Cinta





Berbumbungkan langit hitam pekat,
Berlantaikan pepasir debu tidak bertepi,
Bertemankan bulan dan si bintang kejora .


Aku bentang luas kain merah lusuh menghadap rumah-Mu ,
Aku sujud lemah pada-Mu ,
Aku tadah tangan kerdil ini kepada-Mu,
Aku menangis lagi entah kali ke berapa .


Ya Allah ,
Biarlah aku begini , seorang ,
Biarlah aku sesat dalam Sahara cinta-Mu ,
Biarlah aku terbaring kaku kala aku bermadu kasih dengan-Mu .


Kerna kini ku tahu cinta-Mu indah tiada penghujung .

6/10/2012

18 - si pari pari cinta



Kali terakhir aku lihat kau masih lagi sedang bermanja dengan perempuan pujaan hati kau .
Hari ini aku lihat air mata jantan kau jatuh .
Kau menangis kerna perempuan itu?
Robek sangatkah hati kau ditinggalkan perempuan itu?


Lama kau begitu .
Aku hanya memerhati dari hujung katil .
Aku belek segenap inci tubuh kau yang semakin nampak cengkungnya .
Terpaku .
Sekeping gambar di tangan kau buat bola mata aku statik seketika .


Gadis itu .
Oh, kau rindukan dia rupanya .
Kekasih yang dulunya kau buang semata kerana kau dibutakan lenggok perempuan genit itu.
Kekasih yang mengejar kau sehingga meragut nyawa sendiri .
Padan muka kau .
Aku hanya bersorak .
Itulah manusia, 
sudah ada yang setia, 
masih dicari yang lain .


Ah, sudah sampai masanya untuk aku jalankan tugas .
Aku melangkah ke tingkap .
Aku toleh sekilas .
Kau masih lagi begitu .
Terbaring berlantaikan marmar sejuk, diselubungi kesal .
Jelas aku lihat gadis di dalam  gambar itu menyerupai aku .
Pelanduk dua serupa kali .
Aku buka kembang sayap putih di belakang aku lalu aku langkah keluar tingkap lalu terbang .


Ya .
Akulah pari pari cinta .
Semuanya kerana aku masih tidak dapat melepaskan cinta manusia aku walau ketika itu roh sudah berpisah dari jasad .
Memori cinta aku tika masih bergelar manusia dihapus bagai sampah .
Cuma entah mengapa,
 Acapkali naluri aku meronta kepingin menjengah hidup lelaki ini .

6/09/2012

17- Lepas



Berdentum . Kuat .


Terhenti aku di situ ,
Aku kalih badan aku ke belakang,
Manusia sedang asyik menghurungi sekujur tubuh entah siapa,
Tidak,
Aku menafikan jangkaan konklusi otak,
Bukan dia,
Langkahku yang mulanya perlahan semakin laju meredah hujan yang semakin galak membasahi bumi,
Payung pelangi pemberian dia aku campak,
Baju kurung merah jambu yang semakin lencun tidak aku endahkan,
Gerombolan manusia itu berjaya aku bolosi,


Jantung aku,
Nafas aku,
Dunia,
Semuanya seakan berhenti,
Dia kulihat berlumuran darah merah pekat,


Tidak,Bukan,Ini mimpi bukan?
Aku melutut,
Dia yang kaku kubawa ke rangkulan ku,
Dengan harapan dia kembali bernafas,
Kembali celik,
Tapi dia masih lagi begitu,
Tidak berkutik sedikit pun,
Dan di saat air mataku bercampur titisan hujan, aku tahu ,
Sudah tiba masanya aku melepaskan kamu,
Ke tangan Dia yang lebih menyayangimu .

6/08/2012

16

assalamualaikum

Hlovate,
adake yang tak kenal dia?
dia, penulis novel faveret mira dari sekolah sampai sekarang,
and mira kumpul novel dia,
ya, mira and ibu sukakan novel, amat,
but,sekarang mira pilih author dia,
contohnya, Hlovate,
ibu pulak suka Norhayati Berahim and Aisya Sofea,

why and why mira sangat sukakan Hlovate?
sebab penulisan dia kadangkala dapat menjentik hati mira,
most of the Hlovate's novel are based on people changing and in search of Allah,
basically,
karakter dalam novel Hlovate bersangkut paut dengan scene skaters,
yang in the end changing bit by bit by his/herself to find light from Allah,
ya, Hlovate adalah salah satu sebab mira berubah,
berubah menjadi yang lebih baik,
semuanya sebab mira selalu hanyut dalam penulisan dia,
mira seriously nak sangat jumpa dia,
and until now, mira taktahu yang dia ni lelaki/perempuan,
cara karakter dia bercakap and thinking macam lelaki,
tapi Hlovate mcm ke perempuan,
Hlovate = Love Hate?

3novel dia yang mira paling suka Aa+Bb , Tunas, and Contengan Jalanan,
Aa+Bb and Tunas, buat mira rasa ianya sangat sweet,
while Contengan Jalanan berjaya buat Mira berdebar and menangis,
even guys pun sesuai je nak baca,
ada dakwah dalam penulisan dia,
pasni mira nak kumpul lagi novel dia and 1 day nak jumpa dia,

#you never know when you heart will change



6/07/2012

15

assalamualaikum

hey,hey, mira baru je habis exam oral physiology,
and Alhamdulillah, walaupun Dr tanya dengan sangat laju tanpa memberi hemisfera2 otak peluang untuk loading, 
mira dapat jawab 80% soalan dia
yeayyyyy!!
oh, semalam encik KC exam and he has 3 more paper to go,
ganbatte kudasai .

One more thing, i already took my complete picture of blood's record,
dup dap dup dap,
anaemia (kurang darah merah) dah hilang!
but paras hidung je,kalau haemoglobin count turun 0.3% je,jadi anaemia balik,
and leucocyte (antara sel darah putih) mira da naik,
it's good right?
pasni jangan sakit lagi ye mira..

oh ye, mira dah tersuka 1lagu ni,
baru je dengar,
iamNEETA - tuhan tolong aku,
well, mira suka, lagu ni ada aura untuk buat mira dengar berulang kali,
and paling penting,
tak headbanging sangat,
so,free nanti tryla dengar ye .

6/06/2012

14

assalamualaikum

mira baru je abes written physiology,
hmm,.semua keluar buat muka ketat,
means tough la kan soalannya,
mira, ada yang boleh jawab,ada yang terbalik -_-",
which makes me kinda babling non-stop,
terlebih ATP katanya,
dah semua muka osmet muka stress,
acano?
mira kenela ceria kan, at least depa boleh sengih pun ok daa..
tamo osmet saya sedih..

oh,oh, kak siti yang agak rapat dengan mira masa kat Langkawi,kawen sudaaa,
yeay! congrats akak!
tercapai gak impian nak kahwin bawah pedang ye,
haha, dulu we both date navy officer,
just Faris masa tu in training jadi Leftenan Muda,
and hers da nak Leftenan Madya ke Kapten,
tapi jodoh kak siti lagi kuat dari mira,
so, now waiting for your baby!
hehe, tak memasal nak anak orang..
ish,ish,desperado kah anda?
TIDAK, just nak baby tu je . >·<

agak2 ada tak notis ' baby untuk disewa'?
haha, ciao

6/03/2012

13

assalamualaikum

3days to go for my first paper, physiology -_-"
mira doa sangat dapat jawab dengan sangat baik,
seraammm wooo exam kali ni,
yelah da second year, mestilah makin susah ye dak?

so and so,mira tanak cakap pasal exam,nanti kang trauma tak tido malam jadinya,
pernah tak dengar quotes,
"perempuan,pandai macamane pun kalau tak reti masak tak guna juga"
or
"harap hantaran je mahal tapi tak reti masak,membazir je"

oh,oh, once upon a time which is 2years ago,
NUR AMIRAH TAK RETI MEMASAK!
seriously,
try tanya dd ke nana,
goreng ikan bilis pun hangus taw,
beselah bajet tak rock ar masak,
ibu suruh tolong masak,
mira sanggup naik loteng tolong ayah betulkan paip,
kan tak reti masak,
tula orang ketegaq memang macam tu,

itu dulu,now mira dah terer boleh masak,
but,mira lebih banyak masak western and desert,
yang masakan melayu...masak jugak tapi tak mahir lagi,
yela kat Mesir ni bukan semua bahan ada,
mana nak cari bunga kantan ke daun kesum ke hape,
yang simple mira retila masak,

so,mira selalu la dok baca resipi itu ini,
konon dengan azam berkobar balik Malaysia nak masak,
tapi nanti bukan buat pun,
bukan mira tanak masak,
dah semua orang tak kasi chance mira masak,
asal mira masuk dapur kat umah je mesti kak sunti(bibik) cakap,
"akak takpayah tolong kak sunti,nanti terkena minyak gimana,pergi aja rehat,nanti dah siap kak sunti panggil ya"
aihhhh,itu belum lagi balik rumah mak,
sat g konon bolehla masak,
sekali kak tini(my grandmom's bibik) cakap,
"Eh,kak mira mau masak apa? biar kak tini aja tolong masakkan"
woooooahhhhhhh,
asal semua bibik mira ni dok sayang sangat kat mira nih,
kengkadang tu tak pedulik gak,
masak je,tu pun,bahan semua diorg dah siapkan,
kalau pergi pasar dengan diorang lagila,
barang banyak tapi tanak kasi mira angkat,
dah paksa baru bagi tupun yang ringan,
alahai.. acanola tak manja kalau kat rumah,
takpe,taun ni, mira nak cakap,
"ibu,kak sunti dengan kak tini duk diam2 situ,biar akak yang masak,tayah masuk dapur pun"
aci tak?
hehe,ingat mira tak reti masak eaaa,siap diorang
jangan nangis dah bila rasa masakan mira,

disebabkan mira dah besar so,kenalah belajar masak dengan proper kan,
balik Malaysia ni,nak menuntut ilmu memasak la,
kate nak jadi gegirl,
hikhik,alu itew -_-"
euwww,yek yek,
just wait for my dishes k,hehe
adios!

6/02/2012

12

assalamualaikum

my mom da safely landing kat Narita Airport,
lega rasenya,
hope she will be okay during her trip,

ibu, em,, makin mira grows up,
i think our personality is just the same,
i am becoming more and more like her,
it's just that mira masih muda,
banyak lagi decision yang mira tak buat lagi,
banyak lagi benda yang mira tak hadapi,
but, mira harap yang i'll be stronger in every decision i've made,
there must be a benefit from every i've made right?
mungkin mira tersasar sebab orang yang mira jumpa opposite mira kot,
who knows?
that's why mira rasa amazing?
haha,baguslah,now kadar hyperactive mira dah turun daa,
pastu mira dah tak banyak cakap,
isn't it good? :')
mira nak jadi apa yang semua orang nak,
apa yang ibu nak,ayah nak,kawan kat sini nak,KC nak,
semua,
i will not rebel,
i will  follow obediently,
so, you all can be happy

6/01/2012

11

assalamualaikum
its already morning and mira tak rasa nak tidur lagi,
aihh..apeke susah sangat nak tidur ni,
risau nak exam kot,
4hari lagi,
cepatlah habis exam,harap mira boleh jawab semua dengan baik,
mira nak balik cepat,
i need to do something with myself,
mungkin balik ni boleh pergi picnic dengan my girls,
rasa macam nak travel macam backpakers pun ade,
rasa macam mira kena cari something yang boleh buat my adrenaline rush,
mungkin kalau afiq ada event social for youth and donation,
mira boleh join ke tolong dia,
or
buat pergi orphanage tu sebagai rutin?
belajar masak?
join dance class?gardening?amek kursus apa2?
entahla,tanak fikir,
nanti mesti tak jadi,
dah serik fikir jauh sangat,
dah tanak ada plan,tanak fikir consequences sangat,tanak terlampau happy go lucky,
tanak keluar rumah lagi,tanak bagi pendapat sangat,tanak jadi agresif lagi,
tanak jadi org direct sangat,tanak fikir apa2 pasal dunia,
tanak argue kalau ada khilaf,
tapi tak rasa kalau macamni mira akan hilang diri sendiri?

10

assalamualaikum
*sigh
mira tak rasa nak bangun pun dari mimpi,
rasa cam nak tidur 3hari straight je sekarang,
em..
mira rasa mira dah tanya benda yang salah kat encik kaca mata,
like he said,saya tak hormat dia sebab nak exam,
luruh jantung mira dengar dia cakap camtu,
am i?
yeahh,mira tak reti buat decision,pertimbangan,hormat,and tengok sekeliling coz i am an ignorant,
mira rasa mira dah buat decision yang sangat selfish,
mira dah bebankan dia dgn benda merapu ni,
even i got my answers but we both confused and using high pitch tone,


here's the thing,
memang mira tawu,mira sangat berterus terang,
but mira tak sedar mira kat mana,its Mesir, and i am talking to a person yang kena menjaga,
kalau mira belajar kat Aussie ke Russia,
i don't think it is a problem,
actually,jawapan dia mira boleh terima dengan smile,
yang mira nangis sampai mata dah macam panda ni sebab benda yg lain yang dia cakap,
dia cakap macam mie tergopoh gapah,macam dah bebankan dia
and how come,dia boleh cerita pasal mira dengan orang lain tanpa emosi?
aihh,entahlaaa,
kalau tak serius mira tak tanya now,
sekarang ni bendanya tunggu exam,result and balik malaysia ja,
3months lagi,
kot jadi orang tu datang jumpa ibu and ayah,
tak ke naya?
mira nak jawab ape?
mira bukan nak sangat pasal marriage ni,
mira pun still fobia because of what happen to my family,
mira takut,
mira tak rasa mira layak dengan siapa pun,
that's why mira punya future,mira just nampak mira seorang yang ada kat situ,
alone,
mira dah serahkan semua benda ni kat Allah and my parents,
mase orang tu cakap,mira ambik port plak kan cite benda alah marriage ni,
angguk jee,
tup2 macam serius, apa tak terkejut mira? gelabah tawu,


aihh,asal la kau ni kalau dia naik suara je confirm nangis,eih,,tak semengah betul,
maybe encik kaca mata tu just nak bantu mira untuk berubah kot,
bak kata dd,
dia datang masa betul2 kau tengah mencari identiti diri,betul2 masa aku hanya ada Allah untuk berpaut tanpa ada orang lain,
and sooner or later, dd kata mira kena tanya jugak,
but mira tak expect our conversation will be like that,
fighting? even mira tahu mira dan dia ada banyak khilaf,
sampai boleh nak bergaduh,
tapi ada ayat encik kaca mata yang buat mira terfikir,
salah ea kalau mira senang kawan dengan lelaki?
is it a problem?
perempuan pun mira sama je senangnye nak kawan,
FYI,my girlfriends lagi ramai okayh dari boys,
just,mira tak kisah nak kawan,itu sahaja,
kawan,melayan tak semestinya i have intention  nak lovey dovey doo,
kawan,tak masuk hati pun la kalau cakap,
nasihat je masuk,lain semua tak amik port..


just aiiiihhhhhhhh,
dala tadi mira dah tersalah cakap,tula lenkali process dulu pakai otak then baru cakap,tengok dia dah salah faham :(
mira cakap ,ok,saya dah tahu jawapan awak,so,lepas ni saya retila nak handle sendiri,life saya life saya,life awak life awak life awak,
what i mean by handle sendiri is nanti mira akan belajar settle down and buang semua those feelings yang ada tu sampai macam masa mula mula kenal dulu,
yang pasal life tu,i mean pasni saya takan bebankan dia lagi dengan mengadu hal family mira, apa yang jadi dalam life mie,hal feeling2 ni,
but,still, hal agama and bahasa arab,mira akan rujuk dia,sama macam dulu,
mira akan buat mira balik semula to the point we are just friends,
just that, takdela sampai terus dissappear,
dd pegang tangan mira tadi,dia kata, jangan menangis lagi dah, just fikir selama kau kenal dia, berapa banyak benda yang kau belajar dari dia,banyak kan?dia yang jadikan kau yang sekarang,tapi jangan pasni jangan nak senyum buat macam kau ok, :')
yup,dia antara yang jadikan nur amirah yang sekarang,so kena bersyukur kat Allah ada orang yang nak ajar kau semua ni,takdela degil sangat,
i'll be strong >.<
and after mira dah sure mira kawan je dengan dia (it needs sometime to reset everything),
mira rasa mira akan tolak lamaran tu,
i just wanna live alone,in my life,my world.
semua kawan mira,
nothing more and nothing less..


encik kaca mata : sila jangan rasa terbeban,anggap je mira tak pernah cakap semua tu kat awak,imagine that i am just joking around,
sila jangan nak confuse,awak ada someone yang tunggu awak,so,go on,awak dah buat benda yang terbaik,
awak dah jadi kawan yang terbaik,
awak dah jadi penasihat saya yang terbaik,
it's just mira yang tersilap dalam buat keputusan .